Welcome

.::My mother said that i had a soul, the soul that can help me change from bad to good. the soul that gave me a strength to get through all the problems that im facing. the soul that always be besides me, accompany me. and my mother always said that i have ALLAH. even though i don’t have any friends besides me, i have HIM to guide me to the good path::.

Tuesday 6 November 2012

Nightmare

Jam dah pukul 3 pagi. tak tido lagi. tak boleh tido. mimpi tadi. arghhhh!!! kenapa mesti aku yang mimpi benda tu! Ape maksud mimpi tu? okay.cerita dia cam gini. malam tadi, around pukul 11:30 , zira tido kat dalam bilik zira sendiri. sorang-sorang je. dah lepas kunci pintu , mulalah tido. normal la kan kalau kita tido mesti kita akan bermimpi. Tak la mesti sangat. tapi akan pernah la. so, malam tu zira mimpi benda yang sangat pelik. zira mimpi 2 benda dalam 1 mimpi. First thing zira mimpi satu janin. janin ni kat dalam 1 botol mainan budak-budak. Dan yang paling mengejutkan, masa tu zira mimpi budak umur 4 tahun yang lahirkan janin tu ! mana tak peliknya. then zira sempat lagi mimpi parents budak tu bawak budak tu pergi klinik. dan doktor mengesahkan budak tu bukan mengeluarkan janin. but , satu benda kat dalam perut. haish! ape ntah nama nya. itu mimpi pelik yang first. Yang second pulak, zira mimpi zira pergi satu bangunan dengan sedara zira. Sedara zira masa tu tengah duduk . zira tengah berdiri depan dia. ASTAGHFIRUALLAH HALAZIM!! Tangan sedara zira tu pelik sangat!!! warna tangan dia coklat kehitaman! Arghhh!! ape tu??
Lepas je dah mimpi benda tu, zira terus bangun dengan cepat. apalagi. terus berlari kat mak zira. zira ceritakan apa yang zira mimpi tadi kat mak zira. mak zira kata tu gangguan la dari syaitan. Tido lain kali baca ayat kursi. hmm . zira tak baca pun ayat kursi . terus tido. sejak dari mimpi tu, zira tak boleh tido. zira pergi ruang tamu ada adik zira tengah tido. zira nampak lappy atas meja. zira terus amik . first thing zira bukak , Twitter la. huh . dalam takot-takot pun sempat bertwitter kan? then zira bukak Facebook and the bukak google. zira search Tafsir Mimpi. scroll punya scroll , tak jumpa pun ape maksud mimpi zira tadi. zira tak putus asa! zira search lagi . kali ini zira search 'MAKSUD MIMPI JANIN' . yang keluar tafsir mimpi bayi. hmmm faham sikit-sikit je. sbb bahasa dia pakai bahasa Indon. scroll punya scroll, zira jumpa! tapi ni lain sikit. maksud mimpi ni 'BERMIMPI MELIHAT BAYI DI DALAM KANDUNGAN IBUNYA." yang zira mimpi tu janin dalam botol mainan budak-budak kecik . hmm tak pala . baca je la. maksud mimpi tu cam ni "Bermimpi melihat bayi di dalam kandungan ibunya
Merupakan firasat bahwa orang yang menghalang-halangi usaha kita (jika ada) akan segera pergi meninggalkan kita"
Entah ape maksud sebenar dia. hati ni macam tak tenang.memang tak tenang. nak buat solat untuk tenangkan hati , tapi tak boleh. maklumla org perempuan. ada hari 'cuti' khas. zira menggunakan kelebihan yang zira ada, zira bukak youtube then search zikir penenang hati . Alhamdullilah.tenang je hati bila dengar zikir tu . Sumpah tenang. Ya Allah , macam - macam dugaan Kau beri pada Aku. Dulu Kau tarik nyawa arwah moyang aku yang paling aku sayang. Kau bawa dia jauh-jauh dari aku. Aku redha. Ini ketentuan-Nya. Sejurus selepas peristiwa itu , kau turunkan aku sakit. Otot di kaki kiri aku. Hampir koyak sepenuhnya. Alhamdullilah sekarang dah baik . Aku redha. Ini ketentuan-Nya. Selepas itu, Kau tarik lagi nyawa orang - orang yang terdekat dengan aku. Kau ambil saudara aku lagi dari aku. Aku redha. Ini Ketentuan-Nya. Dan hari ini. Kau telah tetapkan mimpi aku. Kau sedarkan aku. Bahawa mengingatiMu bukan hanya pada masa pacaindera kita masih terbuka. Nak tidur pun kita kena ingat kat Dia. sebab Dia tak pernah lupa kat kita. Ya Allah, aku tahu, Kau takkan bagi beban yang tak boleh kami kendong atau tak boleh kami bawa. Kau bagi beban hanya ikut kemampuan kita. Aku tahu Kau tak pernah menyeksa hambanya.
Akhir kata, Allah sungguh baik dengan kita. Dia telah kurniakan Nabi Muhammad S.A.W kat kita. Supaya kita boleh mempelajari agama islam melalui Baginda Muhammad S.a.w. Allah kurniakan kita Al-Quran , yang ternyata penawar dari segala ubat. Terima Kasih Ya Allah. 

2 comments:

Unknown said...

Sram Aku Bce Kaw Pnye Post Niey . Sbar K?.

Unknown said...

hmmmm.kay.thanks