Welcome

.::My mother said that i had a soul, the soul that can help me change from bad to good. the soul that gave me a strength to get through all the problems that im facing. the soul that always be besides me, accompany me. and my mother always said that i have ALLAH. even though i don’t have any friends besides me, i have HIM to guide me to the good path::.

Friday 14 December 2012

12.12.12 , Friendship , Bolasepak


Macam biasa lah kan aku kalau bab memulakan sesuatu tu memang failed tahap orang utan kan, so anggap jee lah assalammualaikum kat atas tu sebagai mukaddimah untuk entry  kali ni. *ayat skema gile* Kau tengok je tajuk entry tu mesti kau dah suggest dah entry kali ni mesti panjang gile bapak. Hamboii suka ati eden ah eden nak tulaih panjang ko pendeek ko ni buken belog ekau. kalau tak paaam bahaso nismilan ni ah po e lar kek 

translatejadahkau.com 

*website tu tak buat dorang ketawa pun zira -_-* Haha . aku tak suruh kau ketawo puns. Aku suruh kau bolajau loghat nismilan. Apung la :3 Okayla.

#1'st 12.12.12

So, harini aku malaih deh kuar or do hang dengan member hakkuu yang tercinta. Kau tahu je la kan hari ni tarikh cantik, orang siap nak carik girlpreng/boypreng baghu then ingat sampai mati yang dorang kapel pada tarikh keramat 12.12.12 ni. Aku gerenti seratus satu peratus Town Melaka memang sesak gegileee. Tambahan pula *penanda wacana* aku denga cite ade bebudak geng fb and twitter nak buat gathering gegamai kat Town. Laghi la aku malaih. Aku ni manelah suka bersesak sesak ni hoi! Macam kau jugak lah kan. Sanggup kau kene traffic jam berkubang dalam kerete or bersesak berhimpit kat dalam panggung wayang dengan bercampur kaduk dengan bau Ya Allah Nauzubillah... semata mata 12.12.12? Aku cakap...........Memang giler -_- Aku tak tahu lah kan korang punya taste achaner kan. Lain orang lain citerasenye. Aku hargai. Dah. Takpayah bash-2.

 Bagi akulah hari ni sama sahaja dengan hari hari biasa. Makan,tidur,lepak dalam bilik,download game dalam laptop sampai laptop tu dah macam mintak nyawa. Aku simple kadang kadang anoying. Aku mengaku. Tapi, harini ade something happen kat hubungan aku dengan Aiman. Kau tahu tu sapa? boypreng aku? Pale abah kucing kau -_- Teman tapi suka bergaduh aku lah. Si tambi putih. Eh? Haha. Tepat pukol 12a.m kot time orang dok post kat fb and twitter 'Yay!! The time just begin' *Annoying sungguh budak ni macam first time masuk bulan disember* aku buat skype dengan dia. Yela kan, sebelom ni dengau suara je.. Nak gak tengok muke memasing.

Memasing? Ker muka dak eman je? haha . For eman, sorry dude aku beriye ajak kau skype tp ape kau dapat? Aku sebatah haram tak tunjukkan muke aku kat kau. Time tu aku baru balik dari majlis kat tempat gheje sepupu aku. Make up still ade lagi kat muka time tu xD rambut still berserabai dah macam penyapu daif kat jalan chow kit je kalau kau nak tahu. Tambahan pula *penanda wacana* aku penat . hahaha.. Perangai aku fuhhhhh macam gajah kan? Btw, seronokk gegile ahh skype dengan kau. Lain kali kite skype lagi k? Mintak izin girlpreng kau dulu ah . So, ni ade aku selitkan gambar gambar masa kita skype aritu. haha. Ape kau cakap haghitu? hansem? ha nyah hensem kau. habis satu malaya dah tahu kehensemen kau tu. Lepas ni kalau ade gegadis serbu aku then ugut aku sebab ape aku skype dengan kau, aku nak kau tanggung. Aku taknak mati memude ni *loghat melaka*

 

*INTRO SIKIT GAMBAR NI*  

Gambaq atas : eman buat muka comel dia mase mulekan skyping. Aku cakap "kau ingat sweet lahtu?" hahaha..
Gambaq tengah : Aku suruh eman buat posing senyum ala ala mengancam macam azwan ali posing pakai bikini . Yang pasal azwan ali tu auta . hahaha.. Dia kata aku nak santau gambaq dia -_- Apelah kau eman. 
Gambaq bawah : Time ni kau tengah benggang sebab lappy kau buek hal and aku dah nak offline skype. Bengang doh muke eman. Haha..

Note : Friendship 

#2's 13.12.12
'Ira , aku kat depan ghumah kau. Kau kat mana? senyap je ghumah. Aku nak ajak lpk'     
Mesej pertama dari kawan aku a.k.a jighan aku yang tak pernah pun mesej aku. Kay ni pelik plus segham. Sebab dia mesej satu hal ni lagi satu apesal tetibe ajak aku lepak? Setahu aku, dia ni manelah ngam dengan aku sejak aku gaduh dengan member terbaik dia haghitu. 
'Ha? aku kat ghumah ler. Aku tengah download game. okay aku turun skrg.'
Ini jelah yang mampu aku balaih. Yang selebihnya aku akan tanya dia mase kitaorg lepak nanti. Aku tak buat active10 nombor dia lah noks. Mampuih kene tolak kedit aku kang oleh siMaxis durjano tu. 

So, aku just pakai dress simple je sebab aku nak jumpa kawan aku bukannya nak tengok konsert Greyson chance pon.  Lepas dah mesej parents aku yang aku keluar hang dengan kawan aku tu, aku pun pergilah berjalan berduaan dengan dia. Sampai lah kiteorang kat kedai makan tepi jalan aku dah gecek jiha pekenaq kuehtiaw sup kat kedai tu. Jiha on jeee. Aku tahu. Jiha tak kedekot. Waktu makan kami aku habiskan dengan pertanyaan pasal hubungan dia dengan ain. *cerita terpaksa dipercepatkan sebab jiha taknak aku kasi tahu sesapa pasal citer dia dengan ain.* Lepas makan, aku dah decide nak balik. Banyak lagi game yang aku nak download. Kau tahu kepala aku time hang dengan Jiha asyik pikirkan pasal game tu belom download lagi, game tu aku belom try lagi xD ahahahaha.. AKU PLAYER DAN AKU TAKKAN TERPISAH DENGAN LAPPY AKU. So, sampai ghumah terus buat projek aku dengan laptop aku. Aku bukak twitter and ade ternampak someone tweet 'Malam ni perlawanan Malaysia vs Thailand. Kite baham gajah jomm' Ya Allah... Ade perlawanan malam ni ghupenye.. Pasal game lah aku boleh terlupe pasal game bolasepak negara aku sendiri. Sorry Malaysia. Maafkan i :'( So, kepada orang yang tweet pasal bola tadi, aku ucapkan terima kasih ya.. lebiuuuu :* Dafuq -.- hahahaha... 

So, malam tu perlawanan bolasepak. Aku cakap aku takboleh kira berapa kali aku maki refree dalam game malam tu. Dah la refree macam dah kene tomyam kangkang Thailand, padang Thailand... Umakyay! macam tanah perkuburan terbiar jee aku tengok. Sumpah tak puas hati gile aku.. Fadhli shah kene kad merah. kau tahu kan, kalau dah kene kad merah mestilah go out go out!! keluar hengkauu dari padang. WTF!!! Kau thailand kau yang salah... Kau tuduh kami pula yeeeee.... Kau pulak refree buncitlah perot kau makan duit rasuah tu.. Aku tension gile dengan game malam tu.. 2-0 kau. Malaysia kalah bermaruah.. Singapura please win the game between you and Thailand. Balas dendam untuk kekalahan bermaruah Malaysia!    

                                                           *Lepas maki game malam tu*     

Note : Aku bengang gile                                           

No comments: